KOTA BAHARU: PAS Kelantan tidak mahu mencampuri isu berkaitan yang dihadapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.
Setiausaha Badan Perhubungannya Mohd Zaki Ibrahim berkata parti itu yakin Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.
"PAS Kelantan tidak pernah membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru (Nik Aziz) selaku Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini hari ini.
Mesyuarat itu dipengerusikan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya PAS Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.
Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, beliau berkata: "Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini)."
Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir dan dilaporkan sedang menerima rawatan di hospital atas sebab kesihatan. BERNAMA
Friday, November 20, 2009
LUAR PAGAR......Oleh PYANHABIB
SEBUAH EKSPERIMEN BERJIWA BESAR...KISAH PERJUANGAN SINDIKET SOLJAH!
TANPA mempedulikan kemilau lampu neon Kuala Lumpur, dalam diam segerombolan `lelaki urban’ yang memperkenalkan diri mereka sebagai Sindiket Soljah, saban bulan beraktiviti di Rumah Pena.
Sindiket Soljah asalnya digerakkan oleh budak-budak pereka grafik Dewan Bahasa & Pustaka. (Soljah tu adalah sebutan loghat pasar kepada soldier sebab pengasasnya adalah anak-anak bekas polis dan askar).
Sejak 2007, mereka mendapat `kasih sayang’ Persatuan Penulis Nasional (Pena) yang sudi menyediakan mereka lantai, tiang, bumbung dan dinding percuma selain halaman rumah yang sedia ada, dengan syarat selesai acara, apa sahaja yang bernama sampah hendaklah dikutip. Sebolehnya, setengah inci puntung rokok pun, terutama yang berbau
cengkih, dipupuslupuskan!
Siapa makhluk Sindiket Soljah? Sindiket Soljah adalah kelompok lelaki kreatif lurus bendul, yang dengan sombong mendakwa mereka `lelaki urban’.
Jika ada kalangan penulis atau aktivis sastera Kuala Lumpur tidak tahu akan kewujudan kelompok ini atau apa berhalanya `lelaki urban’, yang saban bulan mengambang menghidupkan aktiviti malam Sabtu di Rumah Pena, mereka tidak cool!
Dengan diterangi cahaya dari lampu minyak tanah dan sedikit lampu sorot di ruang pentas, dengan santainya mereka menghidupkan acara, mereka menjemput kawan-kawan yang mereka suka membacakan karya berupa fragmen novel atau cerpen atau puisi dengan pelbagai rencah dan bau sama ada erotik, politik mahupun plastik.
Mereka namakan acara mereka Maskara, akronim dari Malam Baca Naskhah Bersama Kawan-kawan Yang Kita Suka. Maskara, sedap juga.
Penyertaan Maskara datang dari pelbagai mazhab dan latar belakang. Mereka bebas menyanyi, berteater mini, berpuisi atau berjenaka malah penyertaan dialu-alukan walaupun hanya untuk bersilap mata makan api!
Untuk makluman, sejak idea `menyuntik pop ke dalam sastera’ dicetuskan pada tahun 2007, gerombolan lelaki urban ini secara terang-terang berjaya menarik, menghimpun ribuan penonton dari kalangan anak muda profesional dan anak muda yang berkuliah.
Anak muda profesional dan yang berkuliah inilah yang memenuhi (ada ketikanya melimpah ke luar rumah) segenap lantai, celah pintu dan sudut dinding rumah Persatuan Penulis Nasional yang berjiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka itu. Mereka ini khalayak profesional yang hadir dengan kepala yang lebih `bersekolah’ dan bukan yang diangkut rombongan bas sekolah.
Baru-baru ini dalam acara Maskara Shorties, iaitu acara tayangan filem pendek, ratusan penonton membanjiri halaman Rumah Pena untuk menonton lebih 20 buah filem pendek karya anak-anak muda yang ditayang gaya wayang pacak. Paling diingat apabila ratusan penonton ini tidak berganjak meskipun mereka dibasahkuyupkan dek hujan yang sekejap melebat sekejap bergerimis.
Anak muda sememangnya kreatif. Otak mereka tidak duduk diam. Ada kalangan mereka menjual buku-buku yang menghimpunkan karya sendiri yang diterbit dengan modal sendiri atau diterbitkan orang lain. Segalanya berlangsung santai di Rumah Pena dan suasana inilah yang menghidupkan malam Sabtu cuti hujung minggu anak-anak muda ini.
Aktiviti Sindiket Soljah adalah aktiviti seni dan sastera alternatif. Ia digerakkan oleh kelompok lelaki urban kreatif yang lurus bendul yang sejak bertahun-tahun beraktiviti dengan wang saku sendiri.Kerana mereka bukan kroni dan tidak ada pengaruh maka mereka akur dengan jawapan memanjang: `tidak ada duit’ daripada pihak yang sepatutnya membantu hulurkan sedikit Ringgit Malaysia kepada mereka. Hajat mereka buat biaya mihun goreng atau kopi o atau air mineral penonton, itu sahaja.
Mereka tidak beraktiviti merempit atau berdangdut. Mereka beraktiviti dengan seni dalam bentuk yang lebih kreatif, yang indie dan underground.
Aktiviti yang merangkumi zaman sebelum itu (baca sajak dengan tiga-empat mikrofon atau bersilat berkeris depan mikrofon, misalnya) wajar dilihat sudah purbakala.
Melihat kepada sambutan terhadap aktiviti Sindiket Soljah, seharusnya mereka mendapat biaya daripada Kementerian Kebudayaan atau Kementerian Belia, misalnya. Aktiviti anak-anak muda yang kreatif ini lebih bermakna daripada menaja mat rempit mengarak bendera. Dewan Bahasa dan Pustaka sepatutnya juga rajin menjengok meninjau aktiviti mereka ini.
Mamak adalah sasaran mereka menyusun aktiviti sambil menduble roti canai atau menggelasbesarkan teh tarik, dan mereka berterus terang menyatakan: `Kami lelaki urban yang gemar bersembang di kedai kopi sambil berkomplot menyuntik 'pop' ke dalam seni. Kami tidak hisap ganja, minum arak dan amalkan seks sejenis. Tapi kami memang suka pada benda-benda cantik.’Ya, lelaki urban ini suka benda-benda cantik, tapak Sulaiman dan puding susu...
PYANHABIB pernah berkhidmat sebagai wartawan dan penulis di Unit Sastera, Utusan Malaysia. Beliau kini pencen makan gaji sepenuh masa...

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi
Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?(Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.Khir bagaimanapun menafikan katanya rumah beliau hanya bernilai RM3.5 juta termasuk aset tanah. Tambah Khir, kalau rumahnya bernilai RM24 juta, beliau sanggup lantik Suee Lim sebagai ajen jualan rumah beliau.Suee Lim sahut cabaran dan sedang menunggu surat lantikan ajen tetapi sehingga sekarang Khir membisu.Terpulang kepada Khir mahu menilai berapa harga rumahnya, namun yang jelas 19 tahun Nik Abdul Aziz jadi Menteri Besar satu sen harta pun tidak ada pada beliau. Memang masjid beliau membesar tetapi rumah beliau dibelakang masjid kata orang Kedah: "Tang tu juga."Apakah orang seperti Nik Abdul Aziz yang tiada harta mahu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Nanti SPRM diketawakan rakyat Kelantan. Kata mereka: "Sepatutnya Tok Guru kawe yang patut siasat SPRM."Dilihat dengan mata kasar memang Nik Abdul Aziz menaiki kereta besar, berpejabat besar dan bergaji besar tetapi apa yang tidak diketahui umum beliau umpama orang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.Ini jiwa besar yang ada pada Nik Abdul Aziz dan tidak ada pada menteri lain. Beliau meletakkan feelnya seperti orang kebiasaan. Menjiwai rakyat miskin dengan nilaian perasaan bukan hanya sekadar bercakap: "Kesian orang miskin."Oleh kerana itu, rakyat perlu sayang kepada beliau. Sukar mahu cari pemimpin seperti ini. Seorang pemimpin yang memecah tembok kefahaman kebendaan melalui cara hidup beliau sendiri. Itulah akhlak yang ada kepada seorang pemimpin bukan hanya sekadar dimulut tetapi mengamal apa yang diperkatakan.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim nampak nilaian yang ada kepada seorang Tok Guru sehingga beliau berani meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai ikon kepada penyatuan tiga parti dalam pakatan rakyat yang akan didaftarkan.Mereka yang menulis sehingga seolah menjebakkan Nik Abul Aziz dalam kancah rasuah patut berfikir dua kali. Bandingkan harta penulis dengan harta Nik Abdul Aziz. Lihat pengorbanan beliau kepada rakyat sehingga 19 tahun menjadi pemimpin, apakah tidak ada bahagian wang untuk beliau merasai nikmat kekayaan.Sepatutnya orang yang mahu bersedekah, menghulur tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Itu yang dinamakan ikhlas. Kalau mahu bersedekah atau menaja Nik Abdul Aziz menunai Haji kenapa perlu mendedahkan kepada umum jika berniat ikhlas.Mereka yang ikhlas, Allah SWT memberi ganjaran besar tetapi bila didedah kepada umum maka hilanglah ikhlas. Orang awam akan lihat ada kepentingan kerana Nik Abdul Aziz bukan sahaja ulama malah beliau Menteri Besar Kelantan.Hadiah, sumbangan atau sedekah bagi orang awam lebih baik bisu supaya Allah memberi ganjaran yang besar. Lainlah ulama atau orang politik yang mahu beri sedekah kerana ia boleh jadi contoh akhlak baik kepada orang awam dan mendatangkan nama baik kepada parti.Nanti ada yang bertanya, apakah sedekah bisu kepada Menteri Besar itu tidak mengundang rasuah? Kalau Menteri Besar itu tidak berakhlak maka berlakulah rasuah. Itu pentingnya pemimpin berakhlak daripada seorang ulama berjiwa kerohanian yang tinggi sehingga bila melakukan dosa nampak azab neraka Allah.Lainlah menteri, sudahlah profesional dan jauh pula dengan didikan Islam maka lagi seronok dapat hadiah secara bisu. Akhirnya yang bagi hadiah dapat projek pun bisu. Bila sudah meletup dengan bom maka pecahlah lubang. Berapa seleweng harga kapal selam dan Sukoi?Ketua Unit Senjata Api Dan Kesan Alat di Seksyen Kriminalistik, Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Petaling Jaya, Shaari Desa, berkata bahan letupan jenis 'pentaerythritol tetranitrate' (PETN) dan 'cyclotrimethylene trinitramine' (RDX) tergolong dalam kumpulan 'secondary explosive', digunakan untuk meletupkan wanita Mongolia Altantuya Shaariibu yang biasanya digunakan untuk aktiviti ketenteraan.http://nanbinjai.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)